Jumat, 01 Juli 2011

Why should fail


Siapa pernah gagal ?? Semua orang pernah gagal ?? Dalam dunia ini harus ada kegagalan dulu baru ada kejayaan..Contohnya,semasa kecil,kali pertama kau mahu berdiri? Kau jatuh, kau bangun semula & kau jatuh lagi.Selepas itu kau bangun lagi kerana ketika itu kau memandang kegagalan sebagai satu perkara yang membawa kebaikan.Alangkah positif’nya hidup seorang kanak-kanak. Kenapa kita tidak bawa persepsi itu sampai dewasa? Kenapa kita perlu takutkan resiko, kehilafan & kegagalan? Ini antara sebab kenapa kau perlu menghargai sebuah kegagalan lebih dari sebuah kejayaan.


  1. Kau belajar dari kehilafan. Semua orang tahu ini, Setiap kali kita buat kehilafan atas tindakan kita, kita akan belajar sesuatu yang baru & juga ia mengajar kita supaya tidak mengulanginya. Tetapi, masih ada antara kita yang terlalu fobia akan kehilafan. Perlu di’ingat, mereka yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak berbuat apa-apa dalam hidup sebenarnya.
  2. Kegagalan adalah pembelajaran.Jika anda tidak mencoba, anda tidak akan tahu, betul atau tidak?
  3. Diri anda akan semakin kuat. Kegagalan seharusnya menjadikan manusia lebih kuat. Jika kegagalan membuat seorang manusia itu lemah & mau mati, sebenarnya dia telah gagal sejak awal lagi. Kegagalan akan membuatkan lebih yakin untuk mengambil risiko & tegar akan kehilafan kecil.
  4. Kejayaan anda semakin dekat. Sama seperti kita mula-mula mencoba merangkak, setiap kegagalan adalah tanda kita semakin boleh berdiri. Jadi, jangan takut untuk gagal. Jika ada idea, lakukan saja. Gagal atau berhasil itu urusan belakangan  — yang penting anda sudah mencoba…,,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar